Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Dunia ibarat roda..

Bismillah. "Perbaiki Diri Bermula Dari Hati." Aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna. Usaha memperbaiki diri sentiasa ada. Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain. Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Dari dulu aku ni jenis yang memendam, bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan. Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku, mungkin hari ini kita berbuat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain tapi perlu diingat dunia ibarat roda tidak selamanya kita di atas. Akan tiba masa lambat atau cepat kita akan merasai apa yang telah kita perlakukan pada orang. Orang kata sekarang semua perbuatan dibalas tunai, atas dunia lagi dah dapat pembalasan. Doa orang-orang teraniaya dimakbulkan Tuhan. Biarpun ada perkara lepas yang berbekas dihati aku tapi semua tu aku jadikan pengajaran tewasnya kesabaran aku pada sifat marah. Untuk sama-sama kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, kenali sifat-sifat hati yang baik. #Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari #mati yang sempurna.# Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku yang terdahulu yang tanpa dan dalam sedar berbuat kejahatan. Juga ampunkan dosa-dosa ku yang akan datang yang Engkau lebih Maha Mengetahui. Aku hanya hamba pendosa tanpa noktah yang sering menzalimi diri. Ya Allah ampunkanlah :( Sesalan yang moga dapat kembali ke fitrah asal untuk perjumpaan bersama yang Hakiki yang memegang HATI-HATI ini. Wallahua’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment